Tips Laman

Baja Urea..Hmmm

Setiap kali pelanggan yang ingin dibajakan rumput mereka, kami akan bagi nasihat mengenai baja yang akan kami gunakan.

Tetapi, majoriti rakyat di Malaysia suka akan baja UREA. Alasan paling mudah sekali adalah kerana harganya MURAH.

Saya listkan kelebihan & kekurangan baja urea bagi pandangan seorang penjaga laman rumah / lawn care.

Kelebihan :

1. Murah

2. Tinggi kandungan Nitrogen 46%

3. Menjadikan rumput hijau dengan cepat

4. Senang di dapati

Kekurangan

1. Disebabkab murah, biasanya akan over apply, dan menimbulkan masalah ‘brown spot’ akibat dari burn effect atau penyakit over application.

2. Menjadikan rumput hijau dengan cepat dan sekali gus menjadikan rumput lebih cepat panjang. Kekerapan memotong diperlukan.

3. Mempercepat pertumbuhan daun tetapi melambatkan pertumbuhan akar. Menjadikan rumput liar boleh tumbuh di celah2 daun kerana didalam tanah akar rumput hanya di lapisan atas sahaja.

4. Menjadikan dinding sel daun nipis / lembik secara tidak langsung menjadikan rumput tiada daya pulih sendiri dan mudah kena serangan penyakit.

5. Rumput perlukan semua kebaikan bukan sekadar Nitrogen sahaja untuk hasil yang cantik.

Ingat, rumput yang cantik hasil dari tanah yang sihat.

Jika ada masalah berkaitan laman, boleh hubungi kami

Whatsapp : 011-1131 1332
FB : Aiman Lawbn Care

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *