Tips Laman

Rumput Anda Coklat Lepas Potong?

Sebelum kita menuduh orang yang memotong rumput kita itu, ada baiknya kita tahu apa sebab dan cara mengatasinya.

Kebiasaan rumput bila dipotong akan menjadi coklat ini berlaku adalah kerana rumput kita terlalu panjang / tebal dan kita tiada masa yang fix untuk potong rumput. Bila sudah panjang di mata kita, baru nak panggil orang potong.

Walaubagaimanapun kami akan kongsi cara mengatasinya.

Cara atasinya :

Rumput anda terlalu panjang / tebal. Rumput jenis “carpet” biasanya akan dipotong sebulan sekali bagi home lawn. biasanya di padang golf pemotongan akan dilakukan setiap 5-14 hari sekali. Pemotongan lebih kerap dapat membantu menjadikan rumput anda tumbuh sekata dan warna juga akan jadi sekata.
Bila rumput yang panjang tadi di potong, maka level pemotongan memainkan peranan untuk tidak jadi warna coklat. Jangan potong terlalu rendah. Ini kerana pemotongan yang terlalu rendah akan menambahkan stress kepada rumput anda.
Pastikan rumput anda mendapat air yang cukup. siram 3x seminggu
sekiranya rumput sudah dipotong dan menjadi coklat, jangan bimbang. Siram air bagi mengurangkan stress rumput anda. kemudian tukar rutin pemotongan anda supaya lebih kerap.
Lihat rumput anda di bahagian yang tebal, lihat dibahagian bawah, adakah ia bewarna coklat. sekiranya ya ini memberi maksud terlalu tebal, matahari tidak sampai ke bawah. hanya bahagian atas sahaja yang hijau. Kerapkan pemotongan
Rumput coklat selepas di potong sememangnya dapat di atasi hanya dengan menukar cultural praktis sahaja. Kerapkan memotong, ini akan memberi signal kepada rumput untuk merebak dan bukan meninggi.

selain itu pemotongan kerap dapat membantu masalah rumput liar.

Sekiranya ada masalah berkaitan laman boleh hubungi kami :

011-1131 1332 Call / Whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *