Technology

Macamana Nak Siram Rumput?

Kebanyakkan rakyat Malaysia mengambil remeh tentang siraman untuk rumput di laman mereka.

Kebanyakkan rumah yang kami beri servis hanya mengharapkan hujan dari langit sahaja. (Kalau macamtu, macam mana nak dapat rumput yang sihat)

Rumput / Tanah seperti mana Manusia

Perlukan Air
Perlukan makanan (Rumput buat makanan sendiri)
Perlukan Udara
Perlukan vitamin & mineral
Tapi..

Kita FOKUS pada Air atau Siraman sahaja dahulu untuk topik ini.

Soalan yang biasa ditanya pada kami adalah :

Rumput perlu siram ke?
Berapa banyak nak siram?
Berapa kerap nak siram
Siram guna apa?
Bila nak Siram?
Menjawab soalan berapa banyak dan berapa kerap nak siram (Question : 2 & 3)

Ada dua kaedah siraman

Siram 3x seminggu tetapi suku inci air
Siram sekali seminggu tapi 1 inci air
Kami faham rata-rata semua orang mempunyai kerja harian yang akan menyebabkan keluar awal dan balik lewat petang.

Ambil kira joga kos air sekarang yang semakin meningkat jadi kaedah yang paling sesuai adalah…

Siraman 1x Seminggu kita panggil kaedah : DEEP WATERING

tetapi kalau hujan, tak perlu siram dah minggu itu (PASTIKAN HUJAN LEBAT YA)

mesti ada persoalan di minda anda, nak ukur satu inci air tu macamana?

Ok, yang ni nanti kami akan tunjukkan caranya di video akan datang…

Menjawab Soalan bila dan guna apa nak siram (Question : 4 & 5)

Ok,

Nak siram rumput guna hose paip boleh dengan kepala setting shower / rain. Ini memastikan air yang keluar, volume yang tinggi dan lembut bila terkena rumput.

tetapi letih la jugak kalau kawasan tu besar dan nak pastikan ( dah CUKUP ke aku siram ni ) sangatlah sukar.

Cadangan dari kami, gunalah sprinkler, tak kira apa jenis sekalipun, sebab ia memudahkan kita untuk dapatkan siraman lebih konsisten dan kita juga boleh set masa kita.

Lebih lanjut nanti kami akan ajar dalam video akan datang…

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh PM kami di

FB : Aiman Lawn Care

WA : 011-1131 1332

Sekiranya perlukan perkhidmatan kami, jangan sega silu hubungi kami ya.

pastikan BOOKING dahulu sebab kami tak ambil on call

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *