Topik kali ini berkaitan rumput liar yang kita TAK BOLEH cabut..
So.. sebelum korang cakap yeeekkkeeee… biar saya explain dekat korang secara bahasa mudah.
(maklumlah, rumput rampai ni memang bidang kami,takut terguna bahasa advance pulak hehe)
KATEGORI RUMPUT LIAR
Ok..saya pecah kan kategori rumput liar ini kepada dua ANNUAL & PERENNIAL.
Untuk Rumput Liar jenis Annual, dalam setahun dia boleh keluar sekali atau dua kali sahaja..nanti saya bagi contoh dekat post yang lain ya.
Bagi Rumput Liar jenis Perennial, dia sentiasa boleh tumbuh selagi masih ada biji benih di dalam tanah.
ini yang susah nak hapuskan.
CONTOH RUMPUT LIAR JENIS PERENNIAL
NUTSEDGE
Rumput ni biasanya hidup di kawasan yang berair atau mempunyai takungan air yang tinggi..bahasa senangnya ialah tanah tu lembap (moist)
Jenis ni tolong..tolong..tolong jangan cabut, sebab ia akan semakin merebak..
Kenapa??
sebab dia ada Nutlet macamni
biasanya kalau kita cabut nutlet ni akan tertinggal dalam tanah, hampir mustahil anda boleh dapat dengan nutlet die sekali.. yang ni pun sebab nutlet die besar..
APA YANG TAK BOLEH DILAKUKAN
Jangan cabut
Jangan mengada-ngada nak gembur..nanti bersepah-sepah dia punya nutlet..baru korang tahu macamana siksanya nak clearkan..
HABIS TU MACAMANA NAK CLEARKAN
Soalan ni biasa, nak clearkan hanyalah dengan kaedah chemical sahaja..dan chemical yang specialize untuk rumput ini agaklah mahal ya rabbi..
punah harapannn….
Relek, Relek
yang murah ada, tapi perlu beberapa kali application..mana saya tahu, sebab saya ada dua-dua chemical ehemm
jadi kalau rumah korang ada rumput ni, boleh la hubungi kami.
011-1131 1332 Whatsapp
aimanlawncare FB
aimanlawncare@gmail.com
ada soalan? nak tanya kt bawah boleh, nak email boleh, wassap pun boleh
p.s : belum habis lagi ni, baru sikit..tapi cukup dulu buat masa ni