Tips Laman

Mana Satu Yang Boleh Cabut Part 2

Terima kasih kepada anda semua pembaca blog Aiman Lawn Care. Kami tak sangka topik berkenaan rumput liar pada minggu lepas sangat mendapat sambutan.

 

Jadi untuk meneruskan topik itu, kali ini kami akan share satu lagi jenis rumput liar yang TAK BOLEH CABUT.

 

RUMPUT LIAR APA?

Rumput liar ni biasanya berada di kawasan yang agak berair atau ada air bertakung. Agak sama rupa dari segi daun nya dengan nutsedge. Rumput liar itu adalah KYLLINGA. rupanya sepeti ada nanas. Rumput liar ini, jika anda perasan, bila kita potong rumput, selepas 3 hari, dia yang akan naik dahulu. sangat-sangat cepat.

KYLLINGA dari segi permukaan daun agak sama dengan nutsedge tapi ada bebiji warna putih.

 

JENIS KYLLINGA

secara umumnya terdapat dua jenis Kyllinga.

  1. white kyllinga
  2. green kyllinga

green kyllinga adalah lebih halus seaakan-akan sama dengan rumput carpet. Kalau tak ada biji benih die, memang senang untuk salah tafsir. Ingatkan rumput, rupanya bukan..itu yang terjadi bila kami datang racun, tuan rumah baru perasan yang rumah dia banyak rumput liar

APA YANG BOLEH DILAKUKAN

untuk mengelakkan rumput liar ini merebak, kawasan yang dirasakan menakung air itu, boleh di tinggikan sedikit dengan cara ‘TOP DRESSING‘.

kedua, jangan cabut, dan jangan digemburkan tanah di situ..bahaya nanti

Cangkul keluar pun kami tak pasti keberkesanannya, baru sahaja ada salah seorang dari follower ALC beritahu beliau cangkul. sudahnya beliau pun minta kami tolong racun.

Paling senang sekali, hubungi sahaja kami, kami akan datang observe dan beritahu apa yang kami boleh tolong

 

CARA MEMBIAK atau TERSEBAR

paling penting kami nak beritahu anda semua, rumput liar ini merebak dengan agak pantas.

setiap satu kyllinga akan ada 3 lagi anak rumput dalam satu jaringan akar. mereka merebak secara rhizome (akar) pendek sama seperti rumput carpet. Setiap rhizome (akar) menghasilkan nutlet. Jadi jika cabut nutlet yang tercicir dari akar tadi akan membuat pertumbuhan baru.

Cara kedua, adalah melalui ‘SEED HEAD’ yang bewarna putih diatas rumput kyllinga. Mereka tersebar melalui angin dan juga mesin rumput.

 

P/S : jadi jika anda ada terjumpa rumput jenis ini di laman, anda, apa yang kami suggest sebelum anda dapat hubungi local lawn care di kawasan anda. Sila potong rumput anda dengan kerap, sebelum biji benih kyllinga keluar. Selepas itu, anda boleh minta local lawn care anda untuk kawal rumput liar tersebut dengan cara meracun.

HUBUNGI KAMI

011-1131 1332 Whatsapp
aimanlawncare FB
aimanlawncare@gmail.com

ada soalan? nak tanya kt bawah boleh, nak email boleh, wassap pun boleh

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *