Cara Halang Rumput Liar Merebak / Membiak

Untuk entry kali ini saya ingin membincangkan topik yang agak penting sekali.

kebanyakkan pemilik laman terlepas pandang perihal maintainance ini.

Tahukah anda, KELAB GOLF memotong rumput mereka dalam seminggu lebih kurang 3 kali?

ya 3 kali seminggu. atau yang lebih ekstrem selang sehari.

Jadi disini kami nak cerita dekat anda, apa kelebihan potong rumput kerap ni.

di akhir nanti kami ada suggestkan berapa kerap kita kena potong rumput di laman kita

4 sebab kenapa kita perlu memotong dengan lebih kerap

Pertama

Memotong rumput dengan lebih kerap dapat mencantikkan laman anda. Laman anda akan lebih terurus. rumput anda akan nampak kemas Neat & Tidy. Seolah-olah anda menjaga rumput seperti padang golf!

Kedua

Memotong rumput dengan kerap akan dapat menyuburkan laman anda.

Eh Betulke ni?

Ya!! dengan memotong rumput lebih kerap, pasti akan ada rumput-rumput yang terpotong tadi, jatuh semula ke tanah. Rumput ini sangat kaya dengan NUTRIENT yang diperlukan oleh rumput laman anda. Ia juga sangat cepat terurai dan boleh menjadi baja kompos dalam satu ke dua minggu.

Rugikan kalau buang rumput yang kita potong tu.

Ketiga

Memotong rumput dengan lebih kerap akan dapat menghantar signal kepada rumput anda supaya ia merayap lebih cepat. Contohnya, rumput akan tumbuh ke atas, dan stolon rumput akan menyebar. bila kita kerap potong, ia menghantar signal untuk “DONT GROW UPĀ  BUT SPREAD” jadi jika anda ada banyak bare spot. cara ini paling cepat untuk rumput memenuhi bare spot di laman anda.

Keempat

Yang ke-empat dan paling dinantikan..

PotongĀ  rumput dengan lebih kerap dapat MENGHALANG RUMPUT LIAR

YA anda tidak salah baca.

begini…biar kami terangkan, memotong dengan kerap dapat merosakkan rumput liar daripada tumbuh membesar.

sekaligus menghalang rumput liar daripada menghasilkan biji benih. jadi laman anda tiada rumput liar untuk akan datang.

Jadi untuk totally menhapuskan rumput liar yang ada sekarang. anda boleh cabut atau hubungi kami untuk program lawncare untuk racun khas bagi rumput liar tersebut.

So.. apa yang kami suggestkan disini adalah, untuk mendapatkan laman yang terjaga. memotong adalah cultural practice yang sangat penting. bagi pemilik laman kami cadangkan jika potong sendiri – seminggu sekali.

jika upah landscaper atau lawncare bolehlah dua minggu sekali..

option last sekali adalah sebulan sekali.

HUBUNGI KAMI

011-1131 1332 Whatsapp
aimanlawncare FB
aimanlawncare@gmail.com

ada soalan? nak tanya kt bawah boleh, nak email boleh, wassap pun boleh

 

2 thoughts on “Cara Halang Rumput Liar Merebak / Membiak

    1. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
      soalan yang kerap bermain di minda, penjaga laman dan pemilik laman.

      untuk menghapuskan lalang, kita perlu tahu bagaimana ia membiak terlebih dahulu.
      lalang membiak secara stolon dan bunga,

      (Kita fokus pada stolon)
      ia mempunyai akar yang berangkai.akar ini sangat kuat.
      ada yang suggest racun roundup. ia boleh mengawal, tapi tidak boleh membunuh secara total.
      untuk membunuh secara total, gembur tanah dan keluarkan akar (bolak balik kan tanah sehingga akar lalang itu terkena matahari) berada di permukaan tanah.

      bagi tujuan SUPRESS atau lalang sudah tumbuh di tempat yang telah di tanam rumput, memotong dengan kerap dapat membantu.
      tapi ingat ya, ianya hanya supress sahaja. bermakna, bila-bila masa ia boleh keluar semula jika cukup nutrient dan condition yang diperlukan.

      ok berapa kerap perlu potong?
      jika nak supress kan lalang dan elakkan rumput liar dari merebak – 1x / 2x seminggu. insyaAllah dapat membantu

      harap menjawab soalan. Tq

Leave a Reply to Shireen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *