Tips Laman

8 Benda Wajib Buat Untuk Dapatkan Laman Secantik Padang Golf

Semua pemilik laman bercita-cita untuk dapatkan laman secantik padang golf.

Mula-mula tanam memang sangat cantik rumah kita. Kita jaga bagai menatang minyak yang penuh.

TAPI….

Lama – lama mulalah

  1. rumput liar tumbuhlah,
  2. bila mesin coklat-coklatlah,
  3. rumput start mati,
  4. botak-botak dan sebagainya.

Jangan risau InsyaAllah Tips dibawah ini dapat membantu masalah anda

 

1. Memotong Rumput / Mowing

memotong rumput adalah antara elemen atau perkara yang wajib dilakukan oleh semua pemilik laman.

yelah kan, dah tanam rumput, mestilah kena potong. Memotong rumput bukan sekadara potong sahaja. gunakanlah mesin yang betul, mata pisau yang tajam. (bukan mesin sandang di bantai satu laman)

Berapa kerap nak potong? 

  1. Seminggu sekali (Paling bagus)
  2. 2x Sebuan (Normal)
  3. Sebulan Sekali (Paling Lambat)

*Paling lambat bermaksud, jangan lebih dari sebulan. Tapi ada orang kata rumput saya tak panjang pun sebulan? Maksudnya Tanah bermasalah, air tak cukup dan baja tak ada. (rumput anda statik)

*Tuan rumah tak ambil peduli pun pasal rumput. (tanam dan tinggal)

2. Menyiram / Irrigation

Siraman ini ibarat hidup dan mati rumput..Cukup air InsyaAllah sihatlah rumput anda.

Berapa Kerap nak siram?

  1. Baru tanam rumput (sehari 3x, Pagi-Tengahari & Petang) selama sebulan *malam jangan
  2. Selepas sebulan tanam (Seminggu 2 atau 3 kali)

Soalan yang paling tepat adalah, berapa inci air yang kita nak siram

ini adalah ukuran paling tepat untuk laman anda..

mengikut kajian, air yang diperlukan oleh laman adalah 1 inci ke 1 inci setengah seminggu.

macamana nak ukur air..jika tak guna sprinkler memang tak boleh ukur. Kalau guna sprinkler..hubungi kami, nanti kami akan ajar anda atau tolong anda ukurkan.

 

3. Baja / Fertilizing

Baja ibarat makanan untuk rumput anda. Untuk membaja, boleh gunakan baja organik bagi tuan laman yang tidak mengupah Lawn Care seperti kami.

Sebabnya, baja organik secara semulajadinya adalah organik dan cukup NPK nya. Cumanya secara saintifik NPK yang dipaparkan di bag mungkin tidak tepat.

Elakkan daripada mengguna baja UREA atau baja Putih kalau boleh baja Pokok pun elakkan..kerana salah baja boleh menyebabkan rumput terbakar.

Baja ada cara pengiraan nya, dan ia agak rumit. Berapa banyak kita nak baja, bergantung pada keadaan laman tersebut.

Jadi untuk empunya laman yang menggunakan baja organik. kami sarankan, baja sedikit tapi kerap.

4. Vitamin / Micronutrient

Micronutrient juga penting untuk menghasilkan rumput yang sihat dan cantik (Green & Lush) 

seperti manusia, rumput juga perlukan makanan sampingan..seperti magnesium, calcium dan sebagainya. Untuk makluman anda, Micronutrient ini antara bahan penting untuk recovery sesebuah laman.

Jika anda gunakan perkhidmatan Aiman Lawncare, setiap 2 bulan sekali kami akan berikan Vitamin dan 6 bulan sekali kami berikan Micronutrient.

5. Buang Rumput Tua / Detatching

Rumput karpet adalah antara penghasil paling banyak TATCH. Tatch yang banyak akan menyebabkan laman anda berlumut, soggy dan senang terkena fungus.

Selain itu, ia juga menghalang pertumbuhan rumput baru. Ini akan menyebabkan rumput anda merosot dan akan menyebabkan banyak BARE SPOT atau rumput anda botak-botak

anda boleh gunakan tool diatas atau pengaut besi berjeriji halus untuk mengeluarkan tatch dari laman.

Bagi kami, kami akan gunakan Detatcher dan Liquid Detatcher. Ini lebih cepat dan tidak mengotorkan laman pelanggan kami

 

6. Pengudaraan / Aeration

Pengudaraan tanah adalah untuk mengurangkan mampatan atau compaction. Jika tanah laman anda tanah liat, jadi kadar compaction agak tinggi.

Keburukan compaction adalah akar rumput tidak boleh tumbuh dengan panjang

Akar yang sihat dapat mengambil air dan nutrient yang berada jauh didalam tanah. Sekaligus dapat mengekalkan rumput yang sihat dan menghalang pertumbuhan rumput liar.

Aeration boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan tools yang betul seperti ini

jika anda memnpunyai saiz laman yang kecil, adalah berbaloi untuk buat sendiri. Jika tidak, anda boleh upah Lawncare untuk melakukannya untuk anda.

Biasanya kos aeration sangat tinggi kerana ia melibatkan TOP DRESSING

 

7. Hias Atas / Topdressing

Jarang dibuat jika tiada sebab. Biasanya topdressing ada 3 tujuan

  1. Untuk mendapatkan permukaan yang rata
  2. Untuk menutup lubang aeration
  3. Untuk menjadikan laman rumput lebih sturdy

Jenis material topdressing juga berbeza mengikut tanah laman anda. Tapi paling biasa sekali adalah Pasir dan Top soil.

Bagi kami, kami akan campurkan Pasir dan Top Soil ini yang kami cadangkan.

Jika tujuan anda sekadar untuk mendapatkan permukaan yang rata, gunakan pasir sahaja.

 

8. Racun Rumput Liar / Weed Control

Ini bidang kepakaran kami. Jadi kami takut bercerita panjang, kami akan beri point penting sahaja.

Rumput liar akan sentiasa wujud / tumbuh di laman anda. Cumanya adalah cara anda mengawal rumput liar tersebut memainkan peranan penting.

Jika rumput liar terlalu subur, maka rumput anda akan mati disebabkan competition

Meracun atau mencabut rumput liar hanyalah satu tindakan kecil untuk mendapat laman yang cantik.

Sebaliknya RUMPUT & TANAH YANG SIHAT adalah punca kurangnya rumput liar dan rumput anda menjadi cantik dan sihat.

————————————————

Kesemua elemen diatas adalah berkait satu sama lain untuk mendapatkan laman yang anda idamkan. Ini adalah antara cultural practice yang padang golf amalkan.

Kami di Aiman Lawncare cuba menyediakan skill penjagaan ini untuk laman anda. 

Hampir Semua Langkah diatas kami sediakan dalam program lawncare tahunan kami. Jadi anda tidak perlu risau tentang laman anda. Kami yang akan jagakannya untuk anda.

Kami berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Sekiranya ada masalah yang memerlukan bantuan kami.

Hubungi Kami di

011-1131 1332

Comment sahaja di bawah

PM kami di Facebook Aiman Lawncare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *