Ye….
Post kali ini kami nak ceritakan pada anda tentang 2 jenis rumput liar yang anda tak boleh cabut..
ulang sekali lagi JANGAN CABUT!!
baca seterusnya, lihat dalam gambar dibawah macamana ia merebak..
habis satu laman dah kena, start tumbuh satu tempat sahaja
rumput liar tersebut adalah
Nutsedge
Nutsedge adalah kategori perennial weed.. bermaksud ia sentiasa ada (boleh tumbuh) selagi ada biji benih dalam tanah..
ini agak menakutkan, kerana laman yang kita idamkan adalah laman yang minimum atau zero rumput liar.
Bagaimana ia boleh tumbuh?
Nutsedge gemarkan kawasan yang lembap dan berair..
contohnya semasa anda baru tanam rumput, anda akan siram 3x sehari..jadi lebihan air atau lembapan itulah yang sangat digemari (kalau x siram matilah pulak rumput kita kannn)
Begitu juga semasa musim hujan, anda boleh lihat mereka ini gembira ria untuk tumbuh gembira di laman anda
hahahaha
kenapa tak boleh dicabut?
Nutsedge tumbuh melalui nutlet pada stolon yang berada didalam tanah..
Nutlett tersebut melekat pada rerambut akar yang sangat halus.
(dalam gambar ni, nutlet dia besar, dapatlah bergambar)
jika anda cabut, kompom tercicir nutlet dia
jadi anda akan mempunyai rumput liar Nutsedge lebih banyak di kemudian hari..
Jadi Macamana nak Hapuskan?
untuk menghapuskannya hanyalah dengan menggunakan CHEMICAL sahaja.
ROUNDUP pun tak akan memberi efek yang betul kepada rumput ini.
jika anda ada rumput liar seperti ini, boleh hubungi kami..
jangan tunggu lama-lama, nanti semakin parahh
Kami di Aiman Lawncare cuba menyediakan skill penjagaan ini untuk laman anda.
Hampir Semua Langkah diatas kami sediakan dalam program lawncare tahunan kami. Jadi anda tidak perlu risau tentang laman anda. Kami yang akan jagakannya untuk anda.
Kami berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Sekiranya ada masalah yang memerlukan bantuan kami.