Siapa Kami

Kami merupakan penjaga laman atau lebih spesifik lagi adalah penjaga rumput carpetgrass (rumput filipin @ taiwan @ jepun), bermuda dan cowgrass. Selain itu kami juga adalah penjaga tanah, kerana kami percaya tanah yang sihat akan menghasilkan rumput yang sihat.

Kami SPECIALIZE dalam MERACUN RUMPUT LIAR tanpa menjejaskan rumput yang anda tanam.

Kami mempunyai pengalaman yang agak luas dalam bidang ini serta sokongan dari beberapa penasihat GOLF CLUB SUPERINTENDENT. Kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk laman anda dan InsyaAllah dapat membantu masalah laman yang anda hadapi.