Saya dedikasikan penulisan ini bersempena musim PKP Covid-19
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat
Ramai orang bila kita pindah rumah baru atau baru dapat beli rumah sendiri, gembiranya bukan kepalang.
Semangat lain macam datang untuk buat itu ini bagi nak mencantikkan rumah termasuklah kawasan luar rumah.
Belek-belek tengok ada pula kawasan yang kosong ni..dalam kepala mula terbayang (nak jadikan kebun ke atau taman yang dihiasi pokok indah dan RUMPUT YANG HIJAU)
Sebelum decide pergi tanya kedai sana – sini nak beli rumput apa..
Mari baca perkongsian ini berpengalaman lebih dari 500 buah laman yang kami jaga.
1. Lihat dahulu kawasan laman yang ingin di tanam rumput
di sini anda perlu bayangkan samada anda nak kawasan yang dipenuhi pokok-pokok atau rumput seperti padang golf?
cari idea-idea dari internet dengan melihat gambar-gambar
bagi sesiapa yang ada budget lebih upah sahaja landscaper..biar diorg buat kerja
2. Kenalpasti KADAR CAHAYA MATAHARI yang akan menyinari laman
Ok ini penting ye..
Bagi yang dapat banyak matahari ni simple Laman korang ni panas dari pkul 9pg sampai la pkul 4ptg dah ‘tercongok’ matahari
Untuk laman yang redup ni mungkin :
- terlindung oleh pokok2
- bayang2 rumah jiran
- atap parkir kereta
- rumah besar sangat sampai atap rumah punya bayang-bayang sendiri yang buat redup (hehehe)
Kriteria nya adalah :
- Laman yang mendapat lebih dari 6 jam cahaya matahari
- Laman yang mendapat kurang dari 6 jam cahaya matahari
3. Pemilihan RUMPUT
mudah, bila dah kenalpasti keadaan laman yang
- A- untuk PANAS
- B- untuk REDUP
Laman jenis A – Pilihla rumput berdaun tirus,halus,tajam2 apa2la yang anda nak bahasakan contohnya
- Rumput Philipine
- Rumput Taiwan
- Rumput Jepun
- Rumput Bermuda
- Kalau nak level2 Golf Putting green Tidwarf, Tiffeagle dan bermacam2 lagi
*Jangan pilih rumput mahal2 tapi bila budget untuk maintainance tak ada duit atau tak ada masa
Laman Jenis B – Pilihla rumput berdaun lebar
- Rumput Cowgrass
- Rumput Pearlgrass
- Rumput Pahang
- Rumput Cowgrass gred AAA, AA dan A (saya pun tak tahu mana datang)
4. Buang Rumput Lama
Hati dah seronok ni, dalam fikiran dah boleh bayang nak tanam rumput apa…OPPPPSSSS kejap..
kita bersihkan dahulu laman kita dari rumput asal (rumput ke rumpai ke lalang? hehehe)
tak kira apa pun jenisnya, jika nak buang rumput tu, boleh la guna cangkul (kalau kawasan kecil)
gunalah Racun Glyphosate atau round-up, ken-up apa2 yang up2 lah haha banyak sangat..tapi
yang penting AI (Active Ingredient) dia Glyphosate kalau tahu yang ini nama dia tak UP pun boleh beli
-
JIKA KAWASAN LAMAN ANDA MEMANG SEDIA ADA RUMPUT KARPET / COWGRASS : SEKADAR NAK REHAB BOLEH HUBUNGI KAMI TIDAK PERLU KELUAR KOS BELI RUMPUT BARU
5. Jenis Tanah
Dah bunuh dah rumput asal ni, jadi kita tengok dah macam padang jarak padang tekukur
cek lah tanah kita samada
- keras berdentum ke,
- atau becak ke
- atau pasir ke
- atau banyak batu2 kerja pembinaan
dari sini anda boleh fikir nak buang tanah lama dan gantikan tanah baru atau tidak)
saya punya suggestion tidak perlu tapi nak explain panjang sangat nanti2 lah ye
tapi siapa rasa nak buang tanah lama, silakan
6. Mari ke LADANG RUMPUT
semua dah cek ni, taksabar nak shopping rumput.. berdasarkan kriteria diatas tadi
Saya suggestkan belilah rumput yang di SOD CUT dari ladang
ini kerana, yang dari ladang rootzone dia tebal jadi rumput anda yang baby baru nak hidup ni dapatlah bergantung nyawa dahulu dekat rootzone asal sebelum menjalar ke laman anda
*Elakkan membeli rumput dari polybeg hitam dibawahnya melainkan anda lihat tanah dia agak tebal
saya rasa anda sepatutnya tahu jenis rumput yang sepatutnya dibeli..kalau nak lawan pun boleh tak ada masalah….selain siapkan duit sahaja insyaAllah kami boleh uruskan (ini betul2 cakap memang boleh) cuma penulisan ini adalah untuk level2 beginner nak DIY ye
Kami di Aiman Lawncare cuba menyediakan skill penjagaan ini untuk laman anda.
Hampir Semua Langkah diatas kami sediakan dalam program lawncare tahunan kami. Jadi anda tidak perlu risau tentang laman anda. Kami yang akan jagakannya untuk anda.
Kami berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Sekiranya ada masalah yang memerlukan bantuan kami.
Hubungi Kami di
011-1131 1332
Comment sahaja di bawah
PM kami di Facebook Aiman Lawncare